KUALA LUMPUR: Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu dan mencetuskan kebimbangan penularan penyakit di tengah-tengah kekurangan air bersih dan sistem pembuangan sisa pepejal, kata agensi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut laman sesawang PBB, news.un.org amaran daripada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), kira-kira 1.2 juta penduduk terus datang berlindung dalam khemah di dalam dan luar Rafah bandar paling selatan di Gaza dengan tiada tempat lain untuk dituju.
"Ia bagaikan tinggal di dalam rumah kaca, tiada siapa yang sanggup tinggal di dalamnya, kata agensi PBB itu memetik Mustafa Radwan dari Bandaraya Gaza dalam hantarannya di media sosial X (dahulunya Twitter).
Radwan berkata dengan suhu berlegar sekitar 40 darjah Celcius, penduduk Rafah sedar keadaan boleh menjadi tidak selesa apabila musim panas tiba dengan suhu boleh mencecah 50 atau 60 darjah Celcius.
Beliau berkata air bersih masih kurang di Rafah dan beratur panjang merupakan realiti seharian.
"Setiap satunya ialah ialah barisan, setiap satu menderita hidup tanpa kediaman," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pasukan bantuan PBB melaporkan tiada misi bantuan kemanusiaan boleh dihantar di utara Gaza pada Rabu kerana tentera Israel menutup pusat pemeriksaannya pada dua batang jalan yang dilalui tentera.
Bagaimanapun, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan misi Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sampai di Jabalia pada Selasa, memberikan bantuan perubatan dan perawatan air.
UNRWA juga melaporkan ia berjaya mengubah sebuah pusat asuhan kanak-kanak kepada sebuah kemudahan kesihatan yang berfungsi di Mawasi, kawasan yang musnah di bandar Khan Younis.
Klinik yang baharu muncul itu menerima 2,000 individu sehari dan menawarkan perkhidmatan merawat penyakit kronik sehingga penjagaan ibu dan dan kanak-kanak, perkhidmatan gigi dan kaunseling psikologi.
"Dengan ketibaan musim panas, kesulitan meningkat daripada kekurangan air dan kesesakan membawa kepada penyebaran penyakit berjangkit, kulit sensitif, kutu dan lain-lain penyakit," kata Pengarah Klinik itu Dr. Ahmed Hanouda.
Beliau berkata pihaknya berusaha untuk mengatasi masalah ini dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang hilang tempat tinggal dan menghadapi suasana mencabar ini dengan sumber yang ada.
"Kami berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan menyediakan kemudahan yang baik pada hari mendatang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Kira-kira 1.2 juta penduduk terus datang berlindung dalam khemah di dalam dan luar Rafah, bandar paling selatan di Gaza kerana tiada tempat lain untuk dituju. - Gambar/ Reuters
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Cuaca panas: Felda Tenang, Felda Belara rekod suhu lebih 37 darjah Celsius
Dua lokasi tersebut mencatatkan suhu terendah 37.3 darjah Celcius sementara suhu tertinggi 38.3 darjah Celcius.
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Gelombang haba menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak di Asia berisiko
Tahun 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.
Jeli, Gua Musang, Temerloh dilanda gelombang haba - MetMalaysia
Gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Cuaca panas: Perlis dilanda gelombang haba dua hari berturut-turut
Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.